VISI

Menjadi unit korporat yang bertaraf dunia, terunggul dan juga sebagai teras peneraju utama jentera komunikasi dan perhubungan awam dalam pengurusan pangkalan data universiti dan budaya korporat yang professional dan berwibawa.

MISI

Untuk memastikan dan mengekalkan imej unit korporat bertaraf dunia melalui pengurusan yang cekap maklumat mengenai perhubungan awam, penerbitan dan pengantarabangsaan.

OBJEKTIF 

Sebagai salah sebuah unit yang penting dalam sistem pengurusan Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Kampus Seremban, Unit Komunikasi Korporat menitikberatkan:-

  1. Meningkatkan dan menjaga imej korporat UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.
  2. Menyelaraskan aktiviti perhubungan korporat di UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.
  3. Menyalurkan aduan dan maklumbalas pelajar, staf dan pihak luar yang berkaitan dengan kemudahan serta perkhidmatan UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban kepada pihak pengurusan.
  4. Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat Universiti seragam dan selaras dengan dasar korporat.
  5. Memastikan dasar dan maklumat berkaitan Universiti dihebahkan dan difahami warga Universiti serta masyarakat luar.