VISI

Menjadi bahagian yang unggul dalam memberi perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

MISI

Membantu melahirkan graduan bumiputera unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

OBJEKTIF

Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik.

Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.

OBJEKTIF UNIT PENTADBIRAN AM

  1. Mengurus dan merekod segala surat-menyurat
  2. Menyelaras biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan termasuk dari PTPTN, Kerajaan Negeri, Yayasan Negeri, Badan Korporat, Agensi Kerajaan dan Swasta serta orang perseorangan.
  3. Mengurus rekod pinjaman, rayuan pinjaman dan penangguhan balik pinjaman pelajar.
  4. Mengurus surat tawaran dan perjanjian pinjaman atau biasiswa.
  5. Mendapatkan maklumat dari pihak penaja berkaitan pinjaman atau biasiwa dari semasa ke semasa untuk hebahan kepada para pelajar.
  6. Menguruskan bantuan kewangan dari KPT untuk pelajar OKU.
  7. Meningkatkan kesedaran dan pengamalan pelajar tentang pentingnya nilai-nilai murni rakyat Malaysia dalam meningkatkan kemahiran insaniah graduan UiTM.
  8. Menyemarak semangat patriotisme, ketaatan dan perasaan cintakan Negara bagi membentuk pemimpin yang bertanggungjawab, berwawasan, bermoral tinggi, berbudi bahasa dan mempunyai jati diri yang unggul dengan mendokong prinsip 1Malaysia.
  9. Mengurus pendaftaran dan aktiviti persatuan/kelab pelajar supaya mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  10. Menyediakan laporan sebagai mana yang diminta oleh pihak pengurusan.
  11. Mengurus proses sidang tatatertib pelajar berlandaskan Akta 174 dan pindaan-pindaannya