Visi

Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputra profesional sejajar dengan visi Universiti.

Misi

Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara professional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan,pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada Universiti.

Objektif Kualiti Jabatan

1. Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan dan Ruang (JKPPR) dan Jawatankuasa Pengesahan Bayaran dan Tuntutan (JKPBT) dapat dibuat mengikut jadual yang dirancang setiap tahun.
2. Memastikan KPI jabatan sentiasa pada tahap 90% setiap bulan.
3. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual konsesi dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai KPI yang ditetapkan.
4. Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak konsesi setara dengan perbelanjaan penyelenggaraan yang dikeluarkan.
5. Membuat kawalan supaya kadar kegunaan tenaga yang digunakan tidak melebihi 0.24 sen setiap kaki persegi sebulan bagi tempoh setahun.
6. Membuat kawalan supaya kos membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh vandalisma tidak melebihi 5% setahun.
7. Memastikan 90% keputusan kajian kepuasan pelanggan pada tahap memuaskan bagi tempoh setahun.
8. Memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi segala langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh BKKP PPF untuk mengelakkan kemalangan jiwa di tapak kerja bagi tempoh setahun.
9. Memastikan inisiatif warga kampus menggunakan e-aduan ditingkatkan kepada 90% .