Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban berjanji untuk berusaha memastikan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, ibubapa, industri dan masyarakat memperolehi impak yang maksimum.

PELAJAR

  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester.
  • Menyediakan surau-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan.

STAF UNIT DAN BAHAGIAN

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan ujian 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas.
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.

IBUBAPA DAN INDUSTRI

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan Negara.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya.
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif.
  • Melatih para pelajar dengan scenario sebenar di alam pekerjaan berdisiplin, berkemahiran tinggi, professional. Berhemah tinggi serta mampu menjadi agen perubahan dalam organisasi dan industri.