Perkhidmatan

  • UKP berperanan dalam merancang, melaksana dan menyelaras program-program kepimpinan mahasiswa seperti Modul Kepimpinan Survival Bangsa, Modul Kepimpinan Profesional, dan Modul Kepimpinan Ikon. Pelaksanaan program-program ini dibuat pada setiap semester pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma mengikut kumpulan sasaran mahasiswa yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan program & aktiviti pembangunan pelajar berpandukan kepada modul – modul latihan yang telah ditetapkan
  • Memberi latihan/kursus kepada fasilitator staff untuk melaksanakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar.
  • Menyelaras & memantau program pembangunan pelajar yang dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab membimbing dan membantu Majlis Perwakilan Pelajar dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti serta latihan yang berkaitan dengan komunikasi, kepimpinan, kerohanian, ketrampilan dan juga khidmat masyarakat.
  • Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan program pembangunan pelajar dan membuat cadangan – cadangan untuk penambahbaikan