Unit Perancangan Strategik (UPS) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban merupakan unit yang terletak di bawah penyeliaan Rektor Kampus, bertanggungjawab dalam mengkoordinasi dokumen pelan perancangan strategik kampus samada pelan jangka panjang atau jangka pendek secara berkala bagi memastikan kelancaran pelan perancangan yang telah didokumenkan.

Selain itu, UPS juga bertanggungjawab sebagai pegawai laison dalam mengkoordinasi segala maklumat rasmi kampus antara pusat perancangan strategik di Shah Alam dan juga PTJ yang bertanggungjawab di kampus UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Secara keseluruhannya, tugas UPS lebih kepada menyelaras penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan perancangan strategik di peringkat kampus, selain menjadi pusat penyebaran maklumat rasmi kampus.