Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) berperanan melaksanakan program pembangunan diri dan kepimpinan pelajar selaras dengan dasar-dasar pembangunan pelajar UiTM iaitu melahirkan graduan yang memenuhi 21 ciri model graduan.             

UKP juga bertangunggjawab menjalankan kursus dan seminar yang bercirikan laihan bersepadu (aspek fakta, mental, emosi dan kerohanian) serta pembelajaran melalui pengalaman secara lebih provokatif dan mencabar di samping membolehkan peserta mengalami, menghayati dan menajami budaya dan nilai kepimpinan yang dinamik.

Kursus dan seminar ini akan dijalankan sepanjang semester secara berperingkat mengikut kesesuaian masa dan tempat yang telah ditetapkan. Kursus dan seminar yang dijalankan oleh UKP adalah sejajar dengan keputusan pengurusan tertinggi UiTM di mana pelajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda perlu menghadiri modul-modul latihan untuk pembangunan diri dan kepimpinan mahasiswa/i.