Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK) adalah salah satu unit yang bernaung dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Di UiTM Kampus Seremban 3, UKK mempunyai dua orang kaunselor berdaftar (pegawai psikologi) yang menjalankan mandat & tugas di UKK. UKK menyediakan perkhidmatan kaunseling secara bersepadu sama ada kaunseling individu, kelompok, kaunseling kerjaya, kes-kes rundingan serta bimbingan. Selain dari itu UKK  turut membantu dalam menjayakan Program Pembangunan Pelajar, motivasi diri, misi akademik dan sebagainya.