Pengenalan

Kampus Seremban mula dibina  pada 19 Januari 2011, di atas tanah seluas 38 ekar di kawasan pembangunan Seremban 3, Seremban Negeri Sembilan. Ia akan menempatkan seramai 5000 orang pelajar dari 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 2500 orang akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2500 orang lagi akan tinggal di luar kampus.

Unit kesihatan mula beroperasi pada bulan Jun 2014. Sehingga Januari 2015, Unit kesihatan mempunyai seorang pegawai perubatan, seorang pembantu pegawai perubatan, dua orang jururawat terlatih, dan seorang pembantu pegawai farmasi.