DASAR KUALITI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

UiTM Negeri Sembilan komited untuk mengendalikan program pra-diploma, diploma dan ijazah sarjana muda yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang untuk memenuhi kehendak pasaran kerja selaras dengan visi Universiti Teknologi MARA.

 

OBJEKTIF KUALITI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

 Terdapat enam Objektif Kualiti di UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu: 

  • Mensasarkan 55 peratus daripada bilangan pelajar diploma dan 45% daripada bilangan pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa mendapat HPNG 3.00 dan ke atas setiap semester.
  • Mensasarkan 30 peratus daripada bilangan pelajar pra diploma layak ke peringkat diploma selepas 1 semester.
  • Memastikan 5 penyelidikan baru berdaftar setiap tahun.
  • Memastikan 50 penerbitan yang didaftarkan di PRISMA setiap tahun.
  • Memastikan 70 peratus staf melibatkan diri dalam aktiviti pelajar atau kemasyarakatan setiap tahun.
  • Memastikan 90 peratus pelajar diploma dan ijazah sepenuh masa bergraduat dalam tempoh masa pengajian yang ditetapkan.