Dasar EKSA

EKSA menjadi teras kepada penghayatan nilai PERPATIH dalam  mewujudkan   budaya kerja cemerlang di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.  

Visi EKSA

Mewujudkan ekosistem kondusif dalam persekitaran UiTM Cawangan Negeri  Sembilan Kampus Seremban

Misi EKSA

Mengukuhkan sistem budaya kerja berkualiti, selamat, bersih, berdisiplin, kemas dan selesa dengan melaksanakan amalan ekosistem kondusif dengan penerapan nilai PERPATIH dalam kalangan warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Objektif EKSA

  1. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti iaitu selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
  2. Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3
  3. Membantu meningkatkan tahap kepuasan pemegang taruh dan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
  4. Mewujudkan budaya kerja yang yang berteraskan nilai PERPATIH.
  5. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kampus terhadap kepentingan penjimatan tenaga serta amalan hijau (Go Green).