FUNGSI

Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung dengan publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

  1. Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar dan temu bual khas media cetak dan elektronik.
  2. Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti majlis rasmi UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media.
  3. Memantau dan mengurus maklumbalas bagi aduan dan cadangan yang diterima melalui surat khabar, laman sesawang, serta aduan daripada kotak aduan/maklumbalas pelanggan dan e-aduan.
  4. Menyelaras persiapan taklimat, lawatan dari mana-mana pihak yang datang ke UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.
  5. Merancang dan mengendalikan urusan mendapatkan maklum balas kepuasan teras perkhidmatan UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban daripada orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui, yang sedang dan telah menerima perkhidmatan UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban menerusi borang soal selidik, soalan laman web dan talian telefon.