1. MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UiTM PERINGKAT ZON SELATAN

Mini Konvensyen KIK ini telah diadakan pada 10 dan 11 September 2014 bertempat di Dewan Kuliah Tok Puan Sungei Ujong 2, UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban. Ia dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Unit Pengurusan Kualiti. Mini konvensyen ini disertai oleh tiga kampus UiTM di zon selatan iaitu UiTM Negeri Sembilan, UiTM Melaka dan UiTM Johor.

Acara ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu antara lain untuk menyemarakkan ‘value creation’ bagi menjana kegemilangan UiTM melalui inovasi atau rekacipta baru yang boleh dikomersialkan. Disamping itu ia juga mempertingkatkan nilai modal insan jabatan di samping memupuk semangat kerja berpasukan dan membudayakan aktiviti penambahbaikan berterusan [kaizen] dikalangan staf.

Keputusan Pertandingan KIK di Mini Konvesyen tersebut:

 

No.

Nama Kumpulan

Ketua Kumpulan

Jabatan & Kampus

Tajuk

Faedah

Pengiktirafan  Projek

 1.

MAGNUM OPUS

MOHAMAD IDHAM BIN MD. RAZAK

UiTM MELAKA

Economic On The Go

Alat bantu mengajar yang menggunakan aplikasi interaktif moden bagi memudah cara P&P.

PERAK

 2.

TECHNO

ABDUL WAHAB BIN JANTAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, UiTM MELAKA

Kesilapan paparan maklumat graduan konvokesyen

Kumpulan ini membangunkan satu sistem bagi paparan nama penerima Anugerah Dekan. Sistem ini menggunakan teknologi barcode.

PERAK

 3.

AKAR

MOHD FARIZAL BIN AZIZ

Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Johor

Mengurangkan kerosakan buku semasa proses penyusunan

Mencipta alat yang dinamakan New Dimension Book Stand bagi tujuan mengurangkan kerosakan buku semasa proses penyusunan.

EMAS

 4.

INFO10

RABIATUL ADAWIYAH BINTI KAMARULZAMAN

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Johor

Kesukaran mengumpul, mengurus, menyimpan dan mengakses dokumentasi projek-projek KIK yang telah dipertandingkan

Sistem yang dibangunkan ini bagi mengatasi masalahyang wujud di dalam Unit Pengurusan Kualiti UiTM dalam mengurus, menyimpan serta mengakses dokumentasi   

EMAS

 5.

MONEY 2U

NOOR AIDA BINTI A.BAKAR

Pejabat Bendahari, UiTM Johor

Panduan Pengurusan Kewangan Pelajar – Bursary for Student (K-BEST)

Penerbitan buku panduan pengurusan kewangan pelajar.

EMAS

 6.

BOTING

TUAN SARIFAH AINI BINTI SYED AHMAD

Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Negeri Sembilan

Mengatasi masalah kelewatan kuliah akademik mengikut kalendar akademik

Kesilapan penjanaan jadual waktu oleh Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu dapat dikurangkan dengan penghasilan ICRESS User Guide.

PERAK

 7.

CMOBYTE

SRI YUSMAWATI MOHD YUNUS

Fakulti Sains Komputer, UiTM Negeri Sembilan

e-3P : Sistem Pengesanan Perlantikan Jawatankuasa Pensyarah

Menghasilkan satu sistem yang dapat mengesan perlantikan jawatankuasa pensyarah dengan lebih cepat, tepat dan sistematik.

PERAK

 8.

FAST

MOHD AIZAT ABD HALIM

PTAR, UiTM Negeri Sembilan

Mempercepatkan proses pengeringan gam

Memudahkan proses kerja penyapuan gam di samping menjimatkan masa dan jumlah gam yang digunakan.

PERAK

 

2. LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN 5S

Satu lawatan Penanda aras 5S telah diadakan pada 17 Oktober 2014 (Jumaat) di Politeknik Merlimau Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk mewujudkan budaya 5S di kalangan warga kampus di Kampus Seremban yang baharu beroperasi dan memantapkan amalan 5S di Kampus Kuala Pilah. Lawatan penanda aras ini adalah penting kerana ia membolehkan rujukan kepada amalan ‘best practices’ 5S dilakukan. Politeknik ini dipilih berdasarkan penganugerahan ”First Quality Environment (5S) Certified Polytechnic” yang diperolehinya hasil kecemerlangan amalan 5S di institusi tersebut. Lawatan ini telah disertai oleh ahli-ahli jawatankuasa induk Unit Pengurusan Kualiti dan ahli-ahli jawatan kuasa kecil 5S di kedua-dua kampus iaitu seramai 35 orang.

3. SOFTLAUNCH HARI INOVASI 2014

Hari Inovasi adalah acara tahunan yang diadakan di UiTM  Negeri Sembilan. Bagi tahun 2014, tema Hari Inovasi adalah “Islam Peneraju Inovasi & Transformasi”. Bersempena dengan penganjuran Hari Inovasi 2014, UiTM Negeri Sembilan telah menetapkan Bulan Disember 2014 sebagai Bulan Inovasi yang diakhiri dengan acara kemuncak iaitu Hari Inovasi 2014. Justeru, satu acara “Soft Launch” bagi Bulan Inovasi 2014 telah diadakan pada 3 Disember 2014 bertempat di Dewan Kuliah Tok Puan Sungei Ujong 2, UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Program “Soft Launch” ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan awal kepada staf-staf UiTM Negeri Sembilan mengenai program-program yang akan dianjurkan sepanjang Bulan Inovasi 2014 UiTM Negeri Sembilan. Bagi tahun 2014, Pepustakaan Tun Abdul Razak UiTM Negeri Sembilan telah dilantik sebagai penganjur bersama Hari Inovasi 2014 UiTM Negeri Sembilan bersama-sama Unit Pengurusan Kualiti, UiTM Negeri Sembilan. Terdapat dua program yang diadakan sempena program Softlaunch Hari Inovasi UiTM Negeri Sembilan tersebut iaitu Bicara Kualiti dan Hari Mesra Pelanggan PTAR.

4. TAKLIMAT ASAS KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

Taklimat Asas KIK di UiTM Kampus Seremban telah julung kali diadakan oleh Jawatankuasa Induk KIK Kampus Seremban pada 3 Disember 2014. Acara ini telah diadakan di  Pusat Kegiatan Pelajar, UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban. Penyertaan dibuka kepada seluruh warga kampus terutama sekali Kumpulan KIK Kampus Seremban. Taklimat ini diadakan selari dengan Objektif KIK 2014 peringkat UiTM iaitu melaksanakan penambahbaikan berterusan dan menambah nilai penyampaian perkhidmatan secara kreatif dan inovatif. Oleh kerana kampus ini baharu ditubuhkan, taklimat asas KIK yang bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan awal tentang aktiviti-aktiviti KIK adalah amat perlu bagi warga kampus.  

Secara keseluruhan, taklimat asas KIK ini telah berjaya untuk:

  • Memberikan pengenalan dan pemahaman konsep Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) kepada setiap warga UiTM Kampus Seremban.
  • Meningkatkan kesedaran staf terhadap kepentingan nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja.
  • Mengalakkan pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam pelaksaan kerja.
  • Menjelaskan konsep dan asas-asas kaedah KIK dalam penyelesaian masalah.

Taklimat yang diadakan selama setengah hari ini disampaikan oleh Tuan Haji Azizi Jantan iaitu Pustakawan Tingkatan Kanan di PTAR, UiTM Shah Alam.

5.PERTANDINGAN 5S UiTM KAMPUS SEREMBAN

Amalan 5S bertujuan untuk memupuk budaya kerja yang akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, amalan 5S juga berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti, khususnya dalam memenuhi keperluan pengurusan sumber berkaitan persekitaran kerja. Perlaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat UiTM secara keseluruhan.

Bersempena dengan pelancaran Bulan Inovasi 2014 di UiTM Negeri Sembilan, Unit pengurusan Kualiti telah menganjurkan satu pertandingan 5S dalam kalangan warga kampus. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kualiti pengamalan 5S dan perkhidmatan.

Pertandingan ini telah disertai oleh Unit dan Bahagian serta para pensyarah dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dan pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Penjurian dalaman telah dijalankan sepanjang bulan Disember 2014 hingga Januari 2015 untuk memilih 5 bilik yang terbaik bagi setiap kategori. Kemudian, pada 13hb Januari 2015 penjurian oleh Juri Luar telah diadakan untuk memilih 3 yang terbaik bagi setiap kategori. Kategori yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut:

A. KATEGORI BAHAGIAN

  1. Pentadbiran
  2. Hal Ehwal Akademik (HEA)
  3. Hal Ehwal Pelajar (HEP)
  4. Bendahari
  5. Fasiliti
  6. Perpustakaan (PTAR)

B. KATEGORI UNIT

  1. Kualiti
  2. Korporat
  3. Polis Bantuan
  4. Kesihatan
  5. Kolej
  6. Sukan

C. BILIK PENSYARAH

  1. Bilik Pensyarah Lelaki
  2. Bilik Pensyarah Perempuan

D. BILIK KOORDINATOR / PENYELARAS

6. PERTANDINGAN POSTER BAGI HARI INOVASI 2014 UiTM NEGERI SEMBILAN

Pertandingan Poster ini adalah salah satu program yang telah diadakan bagi memeriahkan Bulan  Inovasi 2014 UiTM Negeri Sembilan. Pertandingan ini bertujuan membuka nilai kreativiti dalam diri warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan dapat dan meningkatkan nilai kefahaman warga UiTM Negeri Sembilan mengenai bulan inovasi.

Pertandingan poster ini telah dibuka kepada semua warga UiTM Negeri Sembilan bagi Kampus Kuala Pilah dan Kampus Seremban dan ia adalah terbuka kepada staf dan juga pelajar. Penyertaan dari pelajar adalah sangat menggalakkan dan tiada penyertaan dari staf. Seramai 172 pelajar telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan kesemuanya adalah pelajar-pelajar dari kampus Seremban.  Pertandingan berjalan selama lima minggu bermula dari awal Disember 2014 sehingga minggu pertama Januari 2015.

Penjurian telah dijalankan pada 15 Januari 2015 dan juri adalah seorang pensyarah luar iaitu Encik Mohamizzam bin Mohammad dari Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia. Juri telah memilih 10 poster terbaik dan 3 daripadanya merupakan pemenang bagi tempat pertama hingga ketiga.

Nama-nama pemenang adalah seperti berikut:

  1. Tempat Pertama: Neyly Adriana binti Azlan.
  2. Tempat Kedua: Nurfarahin binti Othman.
  3. Tempat Ketiga: Nurul Syamimi binti Zakaria.

7. CERAMAH AGAMA BULAN INOVASI

Ceramah ini telah diadakan pada 18 Disember 2014 (Khamis) di Pusat Islam Sheikh Haji Ahmad Said, UiTM Kampus Seremban. Program yang bermula pada jam 6:30 petang ini diadakan bersekali dengan program Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Kampus Seremban. Ceramah agama yang bertajuk “Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam” ini dirancang bersempena Sambutan Bulan Inovasi UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Bertepatan dengan tema Bulan Inovasi 2014 UiTM. Seiring dengan tema Hari Inovasi 2014 iaitu “Islam Peneraju Inovasi & Transformasi”, pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) telah memilih tema kepimpinan bagi ceramah tersebut. Ini adalah sebahagian daripada usaha melahirkan pemimpin yang berupaya mentadbir sesebuah organisasi mengikut acuan Islam yang sebenar dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai “role model” kepimpinan.

Penyertaan adalah dalam kalangan pelajar, staf dan masyarakat setempat. Dianggarkan seramai 680 orang pelajar dan 30 orang staf dan komuniti setempat telah menghadirinya. Penceramah jemputan bagi menyampaikan ceramah pada malam tersebut adalah Y. Bhg Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali, seorang Perunding Motivasi dari Galeri Ilmu Motivation and Training (GIMT).