UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban yang mula beroperasi pada 2 Februari 2014 merupakan kampus ketiga di bawah UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Pentadbiran kampus ini diketuai oleh Penolong Rektor manakala Pejabat Rektor berpusat di Kampus Kuala Pilah. Kampus ini dibangunkan dalam projek PFI Fasa 1 dengan kapasiti pelajar seramai 5000 orang. Kampus ini menaungi 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Walau bagaimanapun, FSPPP tidak diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik kampus memandangkan fakulti ini mempunyai bahagian pentadbiran sendiri dengan diketuai oleh Dekan Fakulti.
# | Fakulti | Program | Kod Kursus |
---|---|---|---|
1 | Fakulti Sains Komputer dan Matematik | Diploma Sains Aktuari | CS112 |
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik | CS241 | ||
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran | CS247 | ||
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan | CS248 | ||
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik | CS249 | ||
2 | Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi | Diploma Pengajian Sukan | SR113 |
Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) | SR241 | ||
Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) | SR243 | ||
3 | Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi | Diploma Pentadbiran Awam | AM110 |
Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian) | AM225 | ||
Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) | AM228 |