UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Malam Kemuncak Bulan Inovasi 2016 pada 18 November 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Sr. Ir. Dr. Haji Suhaimi Abd Talib. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah menjadi tuan rumah untuk sambutan Bulan Inovasi kali ini.