UiTM Cawangan Negeri Sembilan mempelawa semua calon-calon program lepasan SPM dan STPM/SETARAF untuk datang ke Karnival Pendidikan & Kerjaya Negeri Sembilan di Terminal One Shopping Centre, Seremban pada 23 dan 24 Mac 2019 ini untuk mendapatkan penerangan yang tepat mengenai program yang ada di tawarkan di UiTM.

Bakal mahasiswa berpeluang mengetahui secara keseluruhan berkenaan program pilihan mereka dengan mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada staf dan pensyarah yang terlibat.

Sila bawa bersama:

1. Slip SPM/STPM/DIPLOMA
2. Semakan Syarat Sistem Selangkah

Sila layari http://www.selangkah.uitm.edu.my

Jumpa anda di sana dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

#selangkahkeUiTM2019
#uitmdihatiku