Unit Kualiti Kampus Seremban 3 berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di UiTM Negeri Sembilan, khususnya di Kampus Seremban 3. Sistem ini diwujudkan bagi memastikan satu Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk dan dilaksana dengan cekap, tepat dan berkesan berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.