Mula melaksanakan tanggungjawab unit pada 2 Februari 2014 dan berfungsi untuk menyelaras aktiviti-aktiviti dan kursus Kokurikulum yang ditawarkan di kampus cawangan Seremban 3.

Unit ini berperanan untuk mewujudkan pendidikan yang menyeluruh dan seimbang ke arah melahirkan graduan yang serba boleh, berdedikasi, berdikari, beretika dan bertanggungjawab agar mampu membentuk masyarakat yang teguh dan padu.

Sejarah Unit Kokurikulum adalah berasal daripada penubuhan Unit Kesatria pada tahun 1976. Sebagai salah satu penambahbaikan terhadap unit ini, mulai Oktober 2007 Unit Kesatria telah diletakkan di bawah Unit Kokurikulum yang yang dapat berperanan dengan lebih luas lagi bagi mengimbangi keperluan kokurikulum pelajar yang semakin bertambah.

Dibawah perenggan 1.40 peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA, kokurikulum ialah aktiviti luar kuliah yang ditetapkan oleh Universiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda

Unit Kokurikulum Kampus Seremban 3 diketuai oleh Pegawai Kokurikulum dalam menguruskan pentadbiran dan pelaksanaan segala program dan aktiviti unit berkenaan.