Selari dengan penubuhan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban, Bahagian Teknologi Maklumat (InfoTech) juga telah ditubuhkan pada Februari 2014. Pejabat InfoTech memainkan peranan penting dalam mentadbir dan mengurus operasi ICT di Kampus Seremban. Pejabat InfoTech ini terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (PTMK), seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (PPTMK), seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM), 2 orang Juruteknik Komputer Kanan (JTKK) dan seorang Juruteknik Komputer (JTK).