Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) menguruskan semua hal ehwal akademik kampus. Ia telah ditubuhkan pada 3 Februari 2014. Ianya diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik. Dibawah BHEA terdapat dua fakulti iaitu Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM).
No | Fakulti | Program | Kod Kursus |
---|---|---|---|
1 | Fakulti Sains Komputer dan Matematik | Diploma Sains Aktuari | CS112 |
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik | CS241 | ||
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran | CS247 | ||
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan | CS248 | ||
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik | CS249 | ||
2 | Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi | Diploma Pengajian Sukan | SR113 |
Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) | SR241 | ||
Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) | SR243 |
BHEA dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian/Koordinator untuk mengawasi spektrum luas aktiviti teras di BHEA:
- Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
- Koordinator Sarjana Muda Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
- Koordinator Diploma Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
- Ketua Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan
- Ketua Pusat Pengajian Matematik
- Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari
- Koordinator Fakulti Perakaunan
- Koordinator Fakulti Undang-Undang
- Koordinator Akademik Pengajian Bahasa
- Koordinator Akademi Pengajian Islam Kontemporari
- Koordinator Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Koordinator Sains Komputer