Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3 telah mula beroperasi selepas bangunan ini diserahkan kepada UiTM pada 2 Februari 2014. Bermula dengan kekuatan seramai 5 anggota dibantu oleh beberapa anggota yang dipinjamkan oleh Kampus Kuala Pilah, menjadikan kawalan keselamatan di UiTM Kampus Seremban 3 lebih efisyen dan berkesan. Diketuai oleh seoarang pegawai berpangkat ASP/PB, kini anggota telah mula bertambah kepada 15 anggota .