Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy Contemporary of Islamic Studies) (ACIS)) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kewujudan ACIS di UiTM adalah selaras dengan misi dan visi UiTM yang ingin melahirkan golongan profesional bumiputera yang bertakwa dan bersifat mulia. ACIS berperanan penting dalam memastikan misi dan visi UiTM tercapai dengan melahirkan golongan profesional bumiputera yang bukan sahaja berdaya saing dalam dunia moden malah merupakan golongan yang berpegang kepada agama dan adat resam bangsa.