Akademi Pengajian Bahasa (APB) Kampus Seremban menawarkan program bahasa bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Program bahasa yang ditawarkan adalah Bahasa Inggeris (Bahasa Kedua) dan Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun (Bahasa Ketiga). Koordinator Akademi Pengajian Bahasa dilantik bagi menguruskan program bahasa di Kampus Seremban.